Sunday, April 25, 2010

- Karnival Pusat Sumber Sekolah -

12 April - 16 April 2010, SK Nadak - Karnival Pusat Sumber Sekolah telah diadakan selama seminggu. Pelbagai program yang telah diaturkan bagi melaksanakan karnival ini.


Antara objektif karnival ini ialah :
1) Merealisasikan penggunaan PSS semaksimum dan bermanfaat kepada warga SK Nadak.
2) Memupuk semngat cintakan ilmu di kalangan warga SK Nadak.
3) Menanam budaya membaca di kalangan warga SK Nadak.
4) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan murid-murid SK Nadak.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Karnival Pusat Sumber Sekolah ialah Kuiz Ensiklopedia, Tahukah Anda?, Peraduan Mengarang, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris, Pertandingan Syarahan, Deklamasi Sajak, Peraduan Teka Gula-Gula.


Selain itu, turut diadakan Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Melukis Poster bertemakan "BUDAYA MEMBACA".



0 comments:

Post a Comment