31 Mei 2010 (Isnin), SK Nadak - Hari ketiga Ujian Pertengahan Tahun melibatkan matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik Kertas 2 dan Bahasa Inggeris Kertas 3. Koleksi gambar untuk hari ini..
Read more...
Monday, May 31, 2010
- Corat Coret Hari Ketiga Ujian Pertengahan Tahun -
Friday, May 28, 2010
- Mesyuarat Guru -
27 Mei 2010 (Khamis), SK Nadak - Mesyuarat Guru telah diadakan selepas tamatnye kertas terakhir peperiksaan pertengahan tahun untuk hari ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang Kursus Kepimpinan yang akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Khamis) dan Perkhemahan Unit Beruniform pada 5-6 Jun 2010 (Jumaat dan Sabtu).
Read more...
- Corat Coret Hari Kedua Ujian Pertengahan Tahun -
Wednesday, May 26, 2010
- Corat Coret Hari Pertama Ujian Pertengahan Tahun -
26 Mei 2010 (Rabu), SK Nadak - Hari ini bermulalah perjuangan murid-murid SK Nadak menempuh Ujian Pertengahan Tahun bagi tahun 2010. Untuk hari pertama ini, ujian melibatkan matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Koleksi gambar untuk hari ini..
Read more...
Monday, May 24, 2010
- Selamat menduduki Ujian Pertengahan Tahun -
Selamat menempuhi Ujian Pertengahan Tahun bagi murid-murid SK Nadak. Ujian akan bermula pada 26 Mei 2010 dan berakhir pada 2 Jun 2010. Semoga Berjaya!!!
Read more...
- Selamat Hari Lahir -



Pada Khamis 20 Mei pula telah diadakan sambutan hari lahir untuk murid-murid pra yang menyambut hari lahir dari bulan Januari sehingga bulan Mei. Sambutan hari jadi telah dihadiri oleh Guru Besar Pn Hjh Esah dan guru pra iaitu Cikgu Kartina serta Kak Zubaidah.
Read more...
- Anugerah Sambutan Hari Guru -
Di bawah ialah senarai penerima anugerah yang diberikan pada Sambutan Hari Guru 2010.
Anugerah Kacak Lagi Bergaya
Cikgu KhairulAnugerah Kontrol Cun
Anugerah Malu-Malu Kucing
Anugerah Kerang Busuk
Anugerah Raja Lawak
Anugerah Harimau Berantai
Anugerah Buku RPH
Anugerah Buku Kedatangan
Anugerah Datang Awal
Anugerah Benchmark SK Nadak
- Hari Guru -
17 Mei 2010 (Isnin), SK Nadak - Sambutan Hari Guru telah diadakan sempena meraikan guru-guru SK Nadak yang bertungkus lumus membanting tenaga untuk mendidik anak-anak murid mereka supaya menjadi orang yang berguna pada masa akan datang.
Majlis bermula seawal jam 800 pagi dengan bacaan doa oleh ustaz Namizam. Diikiuti pula bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh GPK 1 SK Nadak iaitu Cikgu Rahmat. Seterusnya bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang dibaca oleh Guru Besar SK Nadak iaitu Pn Hjh Esah.
Setelah tamat bacaan perutusan, majlis diteruskan lagi dengan nyanyi lagu Guru Malaysia, lagu tema Hari Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa dan diikuti dengan lagu Malaysia kini yang diubah lirik sempena hari guru. Acara memotong kek telah disempurnakan oleh Guru Besar setelah selesai nyanyian oleh guru-guru.Agenda seterusnya ialah pertandingan pakaian beragam , sesi bersalaman dan pemberian hadiah dari murid-murid. Sesi bersalaman dengan guru-guru dan pemberian hadiah bermula dengan murid tahun 6 dan berakhir dengan murid pra. Seterusnya sesi pemberian hadiah daripada pihak PIBG kepada guru-guru yang dilakukan oleh Pengerusi PIBG SK Nadak.



Acara yang dinanti iaitu sukaneka untuk guru-guru dan kakitangan. Acara pertama ialah pijak belon air sambil tutup mata. Guru-guru telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Acara ini telah dimenangi oleh kumpulan 3 yang diketuai oleh Cikgu Zamili. Acara seterusnya ialah basikal lambat untuk mencari jaguh yang berjaya mengayuh basikal paling lambat sekali sampai ke garisan penamat. Untuk guru lelaki telah dimenangi oleh Cikgu Zamili dan untuk guru perempuan pula dimenangi oleh Cikgu Rohafiza.
Sambutan Hari Guru diteruskan lagi selepas rehat dengan sesi karaoke. Dimulakan oleh Wak Korty yang menyampaikan lagu-lagu klasik dan diikuti duet Wak Korty bersama Guru Besar SK Nadak, Pn Hjh Esah yang menyampaikan lagu Seiring Sejalan. Setelah selesai sesi karaoke, tibalah giliran murid tahun 5 membuat sketsa tentang cita-cita dan guru kesayangan mereka. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang.Jaguh Basikal Lambat (Cikgu Zamili & Cikgu Rohafiza )
Read more...




