Sunday, April 25, 2010

- Karnival Pusat Sumber Sekolah -

12 April - 16 April 2010, SK Nadak - Karnival Pusat Sumber Sekolah telah diadakan selama seminggu. Pelbagai program yang telah diaturkan bagi melaksanakan karnival ini.


Antara objektif karnival ini ialah :
1) Merealisasikan penggunaan PSS semaksimum dan bermanfaat kepada warga SK Nadak.
2) Memupuk semngat cintakan ilmu di kalangan warga SK Nadak.
3) Menanam budaya membaca di kalangan warga SK Nadak.
4) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan murid-murid SK Nadak.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Karnival Pusat Sumber Sekolah ialah Kuiz Ensiklopedia, Tahukah Anda?, Peraduan Mengarang, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris, Pertandingan Syarahan, Deklamasi Sajak, Peraduan Teka Gula-Gula.


Selain itu, turut diadakan Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Melukis Poster bertemakan "BUDAYA MEMBACA".



Read more...

- Pot Luck & Kursus Movie Maker -

Pada Khamis 1 April 2010 jam 2:00 petang telah diadakan Kursus Movie Maker oleh Mohd Afifzan (Fasilitator Schoolnet). Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru serta kakitangan sekolah mengenai cara membuat tayangan video menggunakan perisian Windows Movie Maker. Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancar dan diharapkan guru-guru dan kakitangan dapat manfaat dari kursus ini.





Terlebih dahulu pada sebelah paginya telah diadakan Pot Luck oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. pelbagai juadah yang disediakan. Turut diraikan sambutan hari lahir untuk beberapa orang guru dan kakitangan sekolah.

Read more...

Monday, April 19, 2010

- Minggu Anti Dadah -


SK Nadak telah mengadakan Minggu Anti Dadah pada 8 Mac sehingga 12 Mac 2010. Pelbagai aktivit telah dilakukan sepanjang Minggu Anti Dadah. Antaranya ialah tayangan telefilem "Tersasar di jalanMU" yang memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahayanya dadah kepada masyarakat. Selain itu juga, turut diadakan ceramah tentang HIV/AIDS yang disampaikan oleh Cikgu Ridzuan selaku guru disiplin SK Nadak. Sukaneka dan merentas desa juga diadakan bagi menunjukkan tentang gaya hidup yang sihat.


Tayangan Telefilem " Tersasar di JalanMU

Ceramah HIV/AIDS

Permainan "Kabadi"

Senamrobik & Merentas Desa

Read more...