Sunday, April 25, 2010

- Pot Luck & Kursus Movie Maker -

Pada Khamis 1 April 2010 jam 2:00 petang telah diadakan Kursus Movie Maker oleh Mohd Afifzan (Fasilitator Schoolnet). Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru serta kakitangan sekolah mengenai cara membuat tayangan video menggunakan perisian Windows Movie Maker. Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancar dan diharapkan guru-guru dan kakitangan dapat manfaat dari kursus ini.





Terlebih dahulu pada sebelah paginya telah diadakan Pot Luck oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. pelbagai juadah yang disediakan. Turut diraikan sambutan hari lahir untuk beberapa orang guru dan kakitangan sekolah.

0 comments:

Post a Comment