Sunday, July 18, 2010

- Jamuan Perpisahan Warga SK Nadak -

16 Julai 2010 (Jumaat), SK Nadak – Sempena pemergian 3 orang warga SK Nadak (Pn Hajah Esah, En Afifzan & En Jasmani), satu jamuan telah diatur di Tapis Resort Sungai Lembing..jam 3:00ptg....Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa-jasa mereka..


Read more...

- Penyerahan Tugas -

16 Julai 2010 (Jumaat), SK Nadak – Setelah selesai majlis perpisahan, proses penyerahan tugas dan kuasa Guru Besar SK Nadak telah dilakukan di bilik Guru Besar. Cikgu Rahmat selaku GPK 1 SK Nadak menjadi saksi bagi proses penyerahan tugas ini.


Read more...

Friday, July 16, 2010

- Majlis Perpisahan Pn Hjh Esah -

16 Julai 2010 (Jumaat), SK Nadak – Pada hari ini, satu majlis perpisahan telah diadakan untuk berikutan pertukaran Pn Hajah Esah Bt Khatib Ahmad ke SK Air Putih. Majlis berlangsung pada pukul 7:45 pagi yang dipengerusikan oleh Cikgu Shamsul.


Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Namizam dan seterusnya ucapan dari Guru Besar SK Nadak, Ustaz Tan Bin Ibrahim.


Setelah selesai ucapan dari Ustaz Tan, majlis menjemput Pn Hajah Esah untuk memberikan ucapan terakhir beliau kepada murid-murid SK Nadak.


Seterusnya ialah acara bersalaman murid-murid serta guru perempuan bersama Pn Hajah Esah diiringi dengan selawat oleh guru lelaki. Suasana ketika ini begitu sayu dan pilu apabila melihat air mata berjujuran jatuh ke bumi SK Nadak yang menandakan warga SK Nadak begitu sedih dengan pemergian Pn Hajah Esah. Setiap pertemuan pastinya akan berlaku perpisahan. Walau apapun..hidup mesti diteruskan. Semoga Pn Hajah Esah dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya sepertimana yang telah beliau lakukan di SK Nadak.


Read more...