Friday, May 21, 2010

- Kem Bestari Solat 2 -

20 April - 22 April 2010, SK Nadak - Panatia Agama Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) Siri ke-2 setelah siri pertama mendapat maklum balas yang positif. KBS telah dijalankan selama 3 hari bermula hari Selasa dan berakhir pada hari Khamis.
KBS adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah diluar waktu persekolahan.KBS melibatkan murid tahun 1, 2,3 dan 4 dan ianya bermula pada pukul 2:00 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini ialah solat berjemaah dan tayangan video cara mengerjakan solat bagi murid tahun 1 dan 2. Untuk murid tahun 3 dan 4
pula diadakan latihan dalam kumpulan (LDK), perbincangan tentang soalan-soalan daripada tayangan video. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan tugasan untuk membuat pembentangan di hadapan.

Antara Ustaz dan Ustazah yang terlibat ialah Ustaz Namizam, Ustazah Zainoriah,Ustazah Noor Aini, Ustazah Ramlah (Fardhu Ain) dan Ustazah Siti Zubaidah (Fardhu Ain).


0 comments:

Post a Comment