13 Mei 2010 , SK Nadak - Sempena dengan Karnival Sains & Teknologi yang diadakan di East Coast Mall (ECM), Kuantan, SK Nadak dijemput untuk menyertai Pertandingan Merekacipta Bot dan SK Nadak telah menghantar seramai 6 orang murid.
Murid yang terlibat ialah Nazrin, Izzudin, Manisah, Hidayah dan Amelia wakil dari tahun 6 serta Hakimi wakil tahun 4. Cikgu Hadi sebagai pengiring untuk membawa murid-murid ke ECM. Turut serta Guru Besar SK Nadak iaitu Pn Hajah Esah, GPK KO P Raunah dan juga Ustaz Namizam.
Alhamdulillah wakil dari SK Nadak mendapat tempat kedua, ketiga dan saguhati untuk pertandingan ini.
Hari Orientasi Murid Tahun 1 2012
14 years ago
0 comments:
Post a Comment