Saturday, May 22, 2010

- Gotong Royong sempena Hari Guru -

15 Mei 2010 (Sabtu), SK Nadak - Program Gotong Royong telah diadakan sempena Perayaan Hari Guru pada 16 Mei 2010. Walau bagaimanapun, Sambutan Hari Guru diadakan pada 17 Mei 2010 (Isnin) kerana 16 Mei jatuh pada hari Ahad. Gotong Royong ini bermula pada pukul 830 pagi ini turut melibatkan Ibu Bapa murid SK Nadak.



Gotong Royong dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Untuk perempuan, mereka membuat mural pada dinding sekolah, menyapu sampah dan juga mengemas sudut-sudut bacaan serta bilik SAC. Manakala bahagian lelaki pula ditugaskan untuk memindahkan peti besi dari makmal komputer untuk diletakkan di pejabat. Selain itu, mereka ditugaskan untuk emmotong rumput dan menebang pokok berhampiran padang sekolah. Jamuan turut disediakan oleh makcik kantin untuk guru-guru serta ibu bapa. Majlis selesai pada pukul 12oo tengahari.







0 comments:

Post a Comment