Sunday, July 4, 2010

- Kejohanan Olahraga & Balapan SK Nadak 2010 -

4 Julai 2010 (Ahad), SK Nadak – Kejohanan Olahraga & Balapan SK Nadak 2010 telah diadakan dengan jayanya. Majlis bermula seawal jam 8:00 pagi dengan persiapan murid untuk memulakan perbarisan rumah sukan. Kejohanan Olahraga & Balapan kali ini dirasmikan oleh YDP PIBG SK Nadak, En Abdul Rahim Bin Haji Ali. Setelah En Abdul Rahim mengambil tempat, perbarisan rumah sukan dimulakan. Tema untuk Hari Sukan kali ini ialah animasi. Setiap rumah sukan diminta untuk membuat maskot berdasarkan animasi-animasi kartun yang ditayangkan di televisyen.


Sebahagian barisan tenaga kerja yang bekerjasama bagi menjayakan Kejohanan Olahraga & Balapan SK Nadak 2010

Setelah selesai perbarisan dan lintas hormat, acara diteruskan dengan ikrar sukan oleh wakil pelajar , Izzudin. Seterusnya ialah nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pahang. Majlis diteruskan dengan ucapan dari En Abdul Rahim. Sejurus selesainya ucapan dari En Abdul Rahim, acara diteruskan dengan acara balapan. Antaranya 100meter , 200meter, 4x100meter untuk peserta lelaki dan perempuan bagi kategori A & B. 100 meter , 50 meter, 4x50meter untuk peserta lelaki dan perempuan kategori C. Turut dijalankan ialah acara 6x50meter bagi PRA dan sukaneka PRA.


Selain dari acara balapan, turut diadakan ialah tarik tali antara rumah sukan dan dimenangi oleh rumah merah. Acara tarik tali kaum bapa melawan guru lelaki pula dimenangi oleh kaum bapa. Acara lain ialah larian 100meter untuk golongan bapa, belia dan beliawanis dan juga acara jalan kaki untuk kaum ibu serta kutip gula-gula untuk budak berumur kurang dr 4 tahun.

Olahragawan 2010 : Nazrin
Olahragawati 2010 : Farahanis

0 comments:

Post a Comment