5 Jun 2010 (Sabtu), SK Nadak - Hari ini merupakan hari kedua Perkhemahan Unit Beruniform SK Nadak dijalankan. Aktiviti hari ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah serta tazkirah subuh yang disampaikan oleh Cikgu Saidi. Selepas itu, semua murid menukar pakaian untuk aktiviti seterusnya iaitu senamrobik yang akan dikendalikan oleh Cikgu Khairul dan Cikgu Zailin. Senamrobik yang dilakukan ialah poco-poco yang mana ia merupakan senamrobik yang paling diminati oleh murid-murid SK Nadak. Sebelum murid-murid masuk ke dewan untuk memulakan senamrobik, mereka diarahkan berkawad oleh Cikgu Ridzuan. Murid yang lambat masuk barisan dikenakan hukuman.










Setelah selesai berpoco-poco , semua murid diberikan minuman pagi sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu mempelajari jenis ikatan dan pertolongan cemas. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cikgu Saidi. Cikgu Saidi memberi penerangan dan mengajar murid-murid ikatan simpul sila dan tindih kasih. Murid-murid diberikan seutas tali untuk mereka buat ikatan simpula sila dan tindih kasih. Cikgu Saidi turut dibantu oleh Cikgu Ridzuan, Cikgu Khairul, Caikgu Zailin dan Teacher Hafizah untuk membantu murid yang tidak dapat membuat ikatan tersebut. Selepas murid dapat membuat 2 jenis ikatan tersebut, mereka diuji untuk membuat ikatan dengan berlawan dengan ahli kumpulan yang lain untuk menentukan kumpulan mana yang cepat membuat ikatan tersebut. Perlawanan dimulakan dengan ketua dan kemudiannya penolong setiap kumpulan. Setiap perlawanan akan memperlihatkan 2 kumpulan yang bertanding yang mana kumpulan dipilih secara rawak.







Aktiviti seterusnya ialah penerangan dan cara-cara untuk membuat pertolongan cemas. Murid-murid dibekalkan dengan kain yang akan digunakan untuk membuat balutan kecederaan. Selepas demonstrasi dilakukan oleh Cikgu Saidi dan dibantu oleh Teacher Hafizah, setiap pelajar diminta untuk melakukan kembali dan menunjukkan hasilnya kepada cikgu-cikgu. Jika ada kesilapan, cikgu akan meneur dan mereka dihendaki membuat semula.






















Setelah aktiviti trekking selesai, semua murid bergerak pulang ke sekolah untuk menikmati hidangan tengahari dan kemudiannya menyucikan dan menyegarkan diri sebelum menunaikan solat zohor berjemaah.


Aktiviti diteruskan selepas solat zohor. Semua murid berkumpul dalam dewan untuk aktiviti yang dikendalikan oleh Cikgu Raunah dan Cikgu Hadi. Untuk aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan tugasan dan mereka diminta untuk menyelesaikannya. Aktiviti pertama ialah setiap kumpulan diminta untuk menyenaraikan 10 jenis bunyian haiwan dan mereka akan melakukan aksi tersebut apabila nama kumpulan mereka dipanggil kehadapan. Aktiviti kedua pula ialah setiap pelajar diberi belon sorang satu dan mereka diminta meniup belon dan melukis muka pada belon tersebut. Lukisan tersebut mewakili diri mereka. Aktiviti ketiga setiap kumpulan dibekalkan 8 batang lidi dan mereka diminta untuk membuat 2 segitiga dengan menggunakan 6 batang lidi. Daripada 2 bentuk segitiga dengan 6 batang lidi tersebut, mereka dihendaki untuk menjadikannya 4 segitiga. Tiada satu kumpulan pun yang dapat menyelesaikannya. Aktiviti terakhir ialah setiap seorang diberikan cawan dan mereka mencorakkan cawan mengikut kreativiti mereka kerana itulah merupakan cenderamata untuk perkhemahan ini. Sebelum perkhemahan ini tamat, cabutan bertuah diadakan dan nombor bertuah dicabut oleh semua guru yang mengikuti perkhemahan ini.







Sekian sahaja, jumpa lagi pada Perkhemahan Unt Beruniform 2011!!!
0 comments:
Post a Comment