4 Jun 2010 (Jumaat), SK Nadak - Pada hari ini bermulalah Perkhemahan Unit Beruniform bagi tahun 2010 yang diadakan di SK Nadak selama 2 hari 1 malam. Pendaftaran murid-murid bermula pada pukul 3:30 petang yang dikendalikan oleh Ustazah Zainoriah dan Cikgu Raunah. Setelah semua murid mendaftar, mereka dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing yang telah diberikan untuk mendengar taklimat dari Cikgu Raunah. Murid-murid diminta untuk mengemaskan kelas murid Tahun 3 dan kelas murid Tahun 2 sebagai tempat tidur untuk murid lelaki dan murid perempuan. Meja dan kerusi diangkat keluar dan dijadikan tempat untuk mereka menjamu selera.
Selepas murid selesai mengemas tempat tidur dan tempat makan mereka, mereka menunaikan solat asar berjemaah yang diimamkan oleh Cikgu Saidi. Selepas selesai solat (pukul 5 ptg), murid diminta berkumpul di dataran bagi acara seterusnya iaitu latihan kawad . Murid berkawad mengikut kumpulan masing-masing untuk diberi markah kawad oleh Cikgu Saidi. Latihan kawad tamat pada pukul 6:00ptg. Murid diberi masa selama 30 minit iaitu dari pukul 6:00ptg sehingga 6:30ptg untuk membincangkan dengan fasilitator kumpulan masing-masing tentang corak persembahan kumpulan mereka untuk malam kebudayaan yang akan berlangsung pada sebelah malamnya.
0 comments:
Post a Comment