25 Jun 2010 (Jumaat), SK Nadak – Pada hari ini, telah diadakan Motivasi Murid SK Nadak yang melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kecemerlangan pencapaian sahsiah dan akademik murid.Program ini melibatkan 2 slot iaitu slot pertama pada pukul 8:00pg-10:00pg sementara selepas rehat iaitu pada pukul 1030:-12:00 akan bermula slot kedua.
Slot pertama dimulakan dengan ucapan aluan dari pengerusi majlis iaitu Cikgu Rohafiza. Seterusnya bacaan doa oleh wakil murid tahun 6, Mohammad Izzuddin. Majlis diteruskan dengan mempersilakan Penceramah untuk slot pertama iaitu En Zamri Bin Zakaria, Kaunselor dari SK Indera Mahkota Utama.Untuk slot kedua pula, dipengerusikan oleh Cikgu Shamsul untuk mempersilakan En Ahmad Rizal Md Isa yang merupakan Kaunselor dari SMK Seri Mahkota untuk memulakan Slot Kedua.
Hari Orientasi Murid Tahun 1 2012
14 years ago
0 comments:
Post a Comment