Sunday, June 6, 2010

- Kursus Movie Maker & Tayangan Children of Heaven -

3 Jun 2010 (Khamis), SK Nadak - Pada hari ini, SK Nadak telah mengadakan Kursus Kepimpinan untuk Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua serta Penolong Kelas. Bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 yang tidak terlibat dengan kursus ini telah dibawa ke Makmal Komputer untuk menjayakan Kursus Movie Maker dan juga Tayangan Filem Children of Heaven.


Kursus Movie Maker bermula pada pukul 8:00 pagi dah berakhir pada pukul 10:00 pagi. Sesi tayangan filem pula bermula pada pukul 11:00 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengahari. Sejurus tamatnya sesi tayangan, murid telah dibahagi kepada 4 kumpulan dan mereka diminta untuk membuat perbincangan tentang pengajaran yang mereka perolehi dari filem tersebut. Majlis tamat pada pukul 1:00 ptg.







0 comments:

Post a Comment